Tiga cedera kemalangan bas ekspres, lori - Utusan Malaysia

Tiga cedera kemalangan bas ekspres, lori

KEADAAN bas ekspres yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori muatan sayur di Kilometer 345.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah semalam. - UTUSAN/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori muatan sayur di Kilometer 345.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, pemandu bas ekpres dan lori berusia 36 dan 40 tahun masing-masing patah kaki manakala kelindan berusia 19 tahun pula cedera di beberapa bahagian badan.

Seorang lagi kelindan berusia 16 tahun pula dilaporkan mengalami luka ringan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas lori sarat membawa muatan sayur itu terbabas melanggar pembahagi jalan di lorong kanan.

Katanya, bas ekspres dinaiki lima penumpang telah melanggar lori tersebut sebelum terbabas dan naik di atas besi tengah pembahagi jalan.

“Lima penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

“Pelanggaran itu menyebabkan lori tersebut mengalami kerosakan teruk di semua bahagian manakala bas pula rosak di bahagian hadapan,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya