PETALING JAYA: Kerajaan mesti menumpukan perkara asas melalui projek khas dengan menyediakan penempatan untuk mangsa banjir sebelum berniat merancakkan pemulihan ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Tanpa infrastruktur dan kemudahan lengkap untuk rakyat, sukar bagi kerajaan mencapai matlamat itu kerana mereka yang terjejas tidak mampu menggerakkan aliran ekonomi tanpa keperluan asas meneruskan kehidupan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, hal itu perlu terutama di Selangor yang antara negeri paling terjejas akibat banjir sedangkan ia berperanan sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya