Saya benar-benar divaksin, tangkap layar itu palsu - KJ

Saya benar-benar divaksin, tangkap layar itu palsu – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan tangkap layar palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasinya menyatakan sebagai ‘sedang diproses’ selain butiran lokasi, pusat vaksin, tarikh dan masa tidak dinyatakan yang telah tular sejak semalam.

Beliau berkata, Khairy sudah menerima dua suntikan lengkap vaksin Covid-19 Sinovac dan suntikan dos penggalak yang masing-masing pada tarikh 18 Mac 2021 (dos pertama); 8 April 2021 (dos kedua) dan bulan September (dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer).

Dua suntikan vaksin pertama itu menyaksikan beliau merupakan individu pertama di negara ini yang menerima vaksin keluaran Sinovac.

“Pengambilan dos pertama itu turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut. Sesiapa belum menonton siaran langsung tersebut, boleh tonton di pautan https://youtu.be/EtyaZ-BaPb8.

“Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Mengenai tangkap layar tersebut, kata Khairy, laman sesawang itu diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

“Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang itu tidak lagi aktif atau dikemas kini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya