PETALING JAYA: Kerajaan perlu membentuk satu pelan strategik untuk memutuskan rantaian permintaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam semua sektor pekerjaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini kerana PATI datang ke negara ini kerana terdapat permintaan terhadap kehadiran mereka. Menurutnya, peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar terbuka luas kepada mereka. “Anak tempatan tidak minat bekerja dalam sektor 3D selain mereka tiada kemahiran untuk bekerja di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya