PSM rayu benarkan pemain import beraksi dalam STL 2021/22 - Utusan Malaysia

PSM rayu benarkan pemain import beraksi dalam STL 2021/22

Mohd. Sumali Reduan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan merayu kepada Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) supaya membenarkan pemain import beraksi dalam Kejohanan Liga Sepaktakraw (STL 2021/22) yang akan membuka tirainya pada 7 Januari ini.

Beliau berkata, kehadiran pemain import akan memeriahkan lagi saingan kejohanan bagi musim baharu.

“Saya menghormati Astaf selaku badan induk sepak takraw Asia dan sentiasa memberikan sokongan kepada Astaf dalam memajukan sukan sepak takraw di rantau Asia khususnya.

“Saya berharap dan berdoa kemelut PSM dan Astaf dapat ditamatkan dengan segera supaya membuka lembaran baharu sepak takraw di negara kita dan juga di peringkat antarabangsa.

“Akhir sekali, sekali lagi saya memohon jasa baik Astaf untuk memberikan kebenaran pemain import bermain STL 2021/22 agar kejohanan yang sangat berprestij ini dapat mencapai objektif dan tujuannya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP) berkata, walaupun pasukan Kuala Lumpur Thunder tidak mengambil pemain import, beliau tetap menyokong sepenuhnya kehadiran pemain import setelah liga tidak dapat beraksi tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

“Ahli-Ahli Majlis PSM yang bermesyuarat pada 29 Disember 2021 yang telah sebulat suara memberikan sokongan dan bersetuju untuk meneruskan STL 2021/22,” katanya.

STL 2021/22 akan membuka tirainya pada 7 Jan 2022 dan akan berakhir pada 26 Mac 2022 di Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan berakhir di Johor bagi saingan Champions Cup.

Astro selaku penyiar rasmi dan rakan strategik PSM memaklumkan, siaran langsung STL akan ditayangkan di enam buah negara seperti Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Hong Kong.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya