JOHOR BAHRU: PKR dan Pakatan Harapan (PH) Johor tetap berpendirian tidak setuju terhadap sebarang usaha mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat seperti spekulasi yang semakin bertiup kencang. Timbalan Pengerusi PKR negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, tiada masalah untuk kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad kekal dan berfungsi seperti biasa meskipun kini hanya berkelebihan satu kerusi. Kata beliau, sepatutnya semua pihak memberi fokus kepada pemulihan ekonomi di Johor buat masa ini berbanding membazir masa dan wang untuk mengadakan pilihan raya. “Saya rasa pendirian PKR dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya