PRN Johor: Bersatu mesyuarat esok atau lusa - Utusan Malaysia

PRN Johor: Bersatu mesyuarat esok atau lusa

TOSRIN Jarvanthi (tengah) memberikan sumbangan kepada salah seorang penerima bantuan Tahun Baru Cina di Dewan Raya Putra, Kulai di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor bagi membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta pembahagian kerusi dijangka diadakan esok atau lusa.

Ketua Bahagian Bersatu Kulai, Tosrin Jarvanthi berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga akan memutuskan beberapa perincian penting mengenai PRN.

Bagaimanapun ujarnya, lokasi mesyuarat itu dan waktu untuk diadakan masih belum diputuskan setakat ini.

Katanya, sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan Sabtu lalu, pucuk pimpinan parti belum memohon nama calon-calon secara rasmi.

“Setakat ini, kami belum menerima sebarang petunjuk atau surat rasmi daripada pucuk pimpinan parti untuk kemukakan nama calon,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan bantuan Tahun Baharu Cina oleh Yayasan Sejahtera Kulai dan Majlis Perbandaran Kulai di Dewan Raya Putra, Bandar Putra di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tosrin memberitahu, beliau bersedia untuk bertanding mempertahankan kerusi Bukit Permai yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tambahnya, Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di semua kerusi di bawah Parlimen Kulai iaitu di DUN Senai, Bukit Batu dan Bukit Permai.

“Insya-Allah jika parti masih perlukan khidmat saya sebagai calon, saya akan pertahankan jawatan dan terus berkhidmat sekiranya diberikan peluang.

“Soal pembahagian kerusi DUN di Kulai, kita belum putuskan lagi. Yang pastinya kita akan bertanding ketiga-tiga kerusi DUN di Kulai.

“Bagi kerusi Bukit Batu, saya difahamkan ia dimenangi oleh Gerakan sebelum ini. Jadi, kita akan pertimbangkan mengenai perkara itu serta strategi yang perlu diambil,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya