PPS banjir, 25 penghuni dipindahkan - Utusan Malaysia

PPS banjir, 25 penghuni dipindahkan

Mangsa banjir meranduk air banjir ke tempat yang lebih selamat selepas rumah kediaman mereka dilanda banjir di Kampung Pasir Raja di sini baru-baru ini.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seramai 25 penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Kampung Shukur di sini terpaksa berpindah ke balai raya berhampiran selepas premis tempat mereka berteduh dinaiki air.

Kesemua mereka dipindahkan kira-kira pukul 11.30 malam, kelmarin selepas air sungai melimpah ke kawasan sekitar PPS berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),Tengku Mad Hamdan Tengku Mahmud berkata, insiden itu merupakan yang kedua dialami penduduk sejak Januari 2021.

“Dalam kejadian pertama, air naik mendadak hingga memaksa kami menumpang di rumah penduduk lain di lokasi yang lebih tinggi. 

“Bagaimanapun, banjir yang berlaku kali ini tidak begitu teruk, malah, penduduk sudah terbiasa dengan rutin berpindah yang menjadi lumrah setiap kali musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, pihaknya menggunakan lori untuk membawa kesemua mangsa berpindah ke balairaya.

Katanya, operasi pemindahan dilakukan lebih awal ketika air belum memasuki PPS berkenaan.

“Tindakan pantas itu diambil selepas melihat kemungkinan PPS itu dinaiki air di samping mahu mengelak pemindahan lewat malam yang lebih berisiko.” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya