Polis puas hati pengurusan banjir di seluruh negara - Utusan Malaysia

Polis puas hati pengurusan banjir di seluruh negara

ACRYL Sani Abdullah Sani (kanan) meninjau persiapan banjir semasa melawat Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Jongok Batu Dungun, semalam. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY PEMB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpuas hati dengan pengurusan bencana banjir melibatkan pelbagai agensi di negara ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, segala persiapan dan persediaan yang diatur di peringkat negeri berjalan lancar seperti dirancang. 

“Setakat ini saya berpuas hati, daripada apa yang saya perhatikan dan maklum balas  diterima daripada ketua-ketua polis negeri, saya dapati persiapan dan persediaan telah pun dibuat. 

“Mudah-mudahan kita sama-sama berdoa agar apa yang diusahakan ini akan berjalan mengikut perancangan yang dibuat,” katanya. 

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas melawat Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Jongok Batu di sini hari ini. 

Dalam perkembangan sama, Acryl Sani berkata, setakat ini sebanyak 50 kematian direkodkan melibatkan insiden banjir di enam negeri dengan dua lagi masih belum ditemukan. 

Katanya, kedua-dua mangsa yang hilang itu dilaporkan di Telemong dan Bentong di Pahang. 

Sementara itu, katanya, sebanyak 14 daerah polis terjejas banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.  -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya