Permim salur RM60,000 untuk mangsa banjir - Utusan Malaysia

Permim salur RM60,000 untuk mangsa banjir

SHAIK FARIDHUDHEEN Anverdeen (kiri) ketika turun membantu dan meninjau keadaan mangsa banjir di Yayasan Noor Manzil, Puchong, Selangor yang ditenggelami banjir baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) menyalurkan sebanyak RM60,000 untuk bantuan bencana kepada mangsa-mangsa yang terjejas di Lembah Klang dan Pahang. 

Presidennya, Shaik Faridhudheen  Anverdeen berkata, selain itu, pihaknya juga telah menggerakkan Unit Tindakan Bantuan Banjir bagi membantu mangsa banjir di kedua-dua kawasan. 

“Pada peringkat awal bantuan seperti makanan siap dimasak, barang-barang keperluan harian seperti selimut, tuala, bantal serta air mineral telah dihantar ke pusat-pusat pemindahan banjir di Bentong serta Sungai Serai di Hulu Langat. 

“Selain itu, pasukan tindakan banjir Permim telah mengenal pasti hampir 100 keluarga yang terjejas teruk di Shah Alam, Klang serta Pahang dan memberikan bantuan kewangan RM500 kepada keluarga berkenaan,” katanya di sini semalam. 

Banjir luar biasa melanda Selangor pada 17 Disember lalu susulan hujan sangat lebat berlarutan lebih dua hari menyebabkan beberapa kawasan di sembilan daerah terutama Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Kuala Selangor terjejas teruk. 

Menurut Shaik Faridhudheen, pihaknya berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi mangsa banjir berkenaan. 

“Banyak kemusnahan harta benda berlaku akibat bencana banjir di Lembah Klang dan Pahang ini dan proses pemulihan akan mengambil masa yang lama. 

“Diharapkan pihak kerajaan akan mempercepatkan bantuan pascabanjir kepada mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya