Pengetua SMK Taman Sri Muda puas hati hari pertama sekolah - Utusan Malaysia

Pengetua SMK Taman Sri Muda puas hati hari pertama sekolah

SUASANA pada hari pertama sesi pembelajaran 2021/2022 di SMK Taman Sri Muda yang sebelum ini terjejas akibat banjir luar biasa di Seksyen 25, Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Walaupun teruk dilanda banjir 18 Disember lalu, sebanyak 58 peratus pelajar sesi pagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda di sini hadir dalam sesi persekolahan penggal ketiga bagi tahun 2021 yang dibuka kelmarin.

Pengetua sekolah, Datuk M. Magendran berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 180 daripada mereka adalah pelajar Tingkatan 5 yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Terdapat dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang, de­ngan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 1,963 pelajar.

“Saya berpuas hati dengan jumlah kehadiran walaupun mereka juga adalah mangsa banjir dan masih melalui kesukaran pasca bencana itu.

“Saya berharap kehadiran murid akan meningkat dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SMK Taman Sri Muda, di sini semalam.

Tinjauan akhbar ini mendapati murid yang hadir ke sekolah ini konsisten mengamalkan penjarakan fizikal serta mematuhi peratusan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) lain walaupun sebahagiannya datang sehelai sepinggang selepas peralatan persekolahan rosak akibat banjir.

Selain meneliti kehadiran murid, Magendran meminta gurunya mendapatkan butiran murid yang memerlukan bantuan daripada pihak sekolah.

Beliau berkata, pihak sekolah akan sedaya upaya me­nyalurkan bantuan dengan menggunakan wang yang di­salurkan pelbagai pihak kepada sekolah itu.

“Dari segi pemberian buku teks pula, kita akan dapatkan maklumat berapa banyak buku teks yang diperlukan untuk diberikan kepada murid yang kehilangan atau buku teksnya rosak akibat banjir baru-baru ini.

“Setelah mendapat jumlah yang diperlukan, kita akan maklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak sekolah akan sedaya upaya menyalurkan bantuan dengan menggunakan wang yang disalurkan pelbagai pihak kepada sekolah itu.

“Dari segi pemberian buku teks pula, kita akan dapatkan maklumat berapa banyak buku teks yang diperlukan untuk diberikan kepada murid yang kehilangan atau buku teksnya rosak akibat banjir baru-baru ini.

“Setelah mendapat jumlah yang diperlukan, kita akan maklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Minggu lalu, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memaklumkan bahawa mangsa banjir tidak perlu menggantikan buku teks mereka sekiranya rosak atau hilang akibat bencana itu.

Menurutnya, kementeriannya mempunyai stok buku teks yang mencukupi untuk diberikan kepada murid yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN