Pejuang bertanding solo PRN Johor - Utusan Malaysia

Pejuang bertanding solo PRN Johor

SAHARUDDIN Mohd. Salleh menunjukkan bahan promosi Pejuang di sidang akhbar Program Perasmian Pejabat Sekreteriat Parti Pejuang di Segamat Baru, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan meletakkan 42 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Ketua Pejuang Johor, Datuk Dr. Saharuddin Mohd. Salleh berkata, parti itu tidak akan menyokong mana-mana pihak dan akan bertanding sendirian walaupun tidak di kesemua 56 kerusi di Johor.

“Calon yang dipilih adalah dalam kalangan belia, wanita, profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), bekas pegawai kerajaan dan ahli perniagaan. 

“Kita akan memuktamadkan kesemua nama calon dari pelbagai peringkat usia ke jawatankuasa pusat parti dalam masa terdekat. 

“Keutamaan lokasi meletakkan calon Pejuang dinilai berdasarkan majoriti penduduk Melayu di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Perasmian Pejabat Sekreteriat Parti Pejuang di Jalan Nagasari, Parlimen Sekijang (P141), Segamat Baru di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun terbuka jika mana-mana parti mahu bekerjasama dengan Pejuang pada PRN negeri kali ini.

Saharuddin yang juga Bendahari Pusat Pejuang berkata, pihaknya yakin calon yang dipilih mempunyai kriteria dipercayai, iaitu tidak akan berlaku isu ahli lompat parti. 

Dalam perkembangan sama, Pejuang Johor akan mula menggerakkan siri jelajah ‘TEBUK’ ke seluruh negeri pada setiap Sabtu dengan membawa moto parti berintegriti, bersih, cekap dan amanah. 

“Kita akan kenalkan parti melalui jelajah TEBUK, pada logo, warna, bendera dan lain-lain, supaya orang tahu Pejuang menjadi lebih dekat di hati,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya