Nostalgia zaman kecil hilang akibat hakisan pantai - Utusan Malaysia

Nostalgia zaman kecil hilang akibat hakisan pantai

ARIF Ali menunjukkan pokok ketapang yang hampir runtuh akibat masalah hakisan di Pantai Kampung Tanjung di Batu Rakit, Kuala Nerus, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pantai Kampung Tanjung di Batu Rakit di sini menyimpan banyak nostalgia buat Arif Ali, 66, namun, kenangan sejak lebih enam dekad lalu itu bakal lenyap disebabkan masalah hakisan.

Arif berkata, hakisan pada musim tengkujuh kali ini merupakan yang terburuk dalam sejarah berikutan berlaku dalam masa singkat.

Katanya, sebagai penduduk asal kampung itu, tentunya dia sedih melihat lokasi bermain ketika kecil, kini berubah wajah dan tiada lagi pemandangan pantai yang luas.

“Dahulu, jarak ke pantai memang jauh, saya masih ingat kenangan zaman budak-budak semasa bermain bola dan mencari etok di sana.

“Tetapi, keadaan sudah berubah kerana pantai semakin lama semakin dekat dengan daratan, malah, banyak penempatan di kampung ini yang diancam hakisan serius,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Arif berkata, sebelum ini, kawasan pantai itu mempunyai deretan pokok kelapa dan ru, namun, bilangan berkurangan saban tahun akibat rebah dipukul ombak besar.

Sementara itu, seorang pekerja kios kopi, Muhammad Alfi Husaini Mohd. Juhari, 21, berkata, premis Kopi Payung milik majikannya yang berlatar belakang kawasan pantai terpaksa dipindahkan ke kawasan berdekatan berikutan masalah hakisan.

Katanya, mereka mula berpindah pada 2 Disember lalu susulan bimbang keselamatan para pelanggan yang terkena tempias ombak.

“Sekiranya terus berada di situ, berkemungkinan premis kios runtuh kerana tapak asal kami kini berdepan ancaman hakisan, jadi, langkah berpindah adalah tepat demi keselamatan semua pihak di samping bagi mengelak kerugian,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya