Mangsa banjir di Negeri Sembilan kini 1,975 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Negeri Sembilan kini 1,975 orang

MANGSA terjejas banjir yang ditempatkan di PPS SK Felda Palong 1, Jempol.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bilangan mangsa banjir di tiga buah daerah di Negeri Sembilan yang terkesan tidak banyak berubah apabila seramai 1,975 orang masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat pukul 2 petang tadi.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Negeri Sembilan berkata, kesemua mangsa terjejas banjir dari daerah Tampin, Jempol dan Kuala Pilah terdiri daripada 544 buah keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah di Tampin masih menempatkan jumlah mangsa teramai iaitu 482 orang daripada 122 buah keluarga manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas seramai 281 orang daripada 75 buah keluarga.

Secara keseluruhan, seramai 1,400 mangsa terjejas banjir masih berada di 11 buah PPS di Tampin, 426 mangsa di tujuh buah PPS di Jempol dan dua buah PPS di Kuala Pilah menempatkan 149 mangsa terjejas banjir.

Sementara itu, paras air Sungai Muar di Pekan Rompin Jempol dan Kampung Berembang, Kuala Pilah berada di aras bahaya setakat pukul 5.45 petang tadi manakala Sungai Serting di Kampung Datuk Johan, Jempol dan Sungai Gemencheh di Empang Sungai Dua, Tampin berada di aras waspada. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya