Kru feri maut jatuh laut - Utusan Malaysia

Kru feri maut jatuh laut

WARI KIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Seorang kru feri maut selepas terjatuh ke dalam laut dari sebuah feri kargo di Terminal Jeti Kargo, Kuala Perlis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Rasidi Baharum, 45, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan sedang menambat tali pada bahagian belakang kanan feri MyRoRo Langkawi sebelum tergelincir.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, siasatan awal mendapati feri berkenaan tiba di terminal tersebut dari Langkawi pada pukul 11.40 pagi.

“Mangsa tergelincir ketika menambat tali di bahagian kanan belakang feri kargo itu sebelum kepalanya terhantuk di tiang besi dan pengsan.

“Pada pukul 11.50 pagi, sebuah sampan nelayan yang berada berdekatan datang membantu untuk membawa mangsa naik ke Terminal Jeti Awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, feri kargo berkenaan bertolak dari Pulau Langkawi pada pukul 9.10 pagi  dengan kekuatan 12 orang termasuk kapten dan penolongnya.

Feri berkenaan turut membawa 40 buah kenderaan dan 180 orang penumpang menuju ke Kuala Perlis.

Tambah Wari Kiew, Mohamad Rasidi kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Fauziah (HTF) di sini dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di unit kecemasan HTF,” ujarnya.

Kata Wari, bedah siasat akan dilakukan di unit forensik HTF bagi mencari punca sebenar kematian selain pihak polis masih meneruskan siasatan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya