Jangan terpengaruh naratif sempit cuba pecah-belah rakyat - Utusan Malaysia

Jangan terpengaruh naratif sempit cuba pecah-belah rakyat

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar rakyat khususnya penduduk negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan cubaan segelintir pihak yang ingin memecah-belahkan rakyat dengan naratif yang sempit. 

Sultan Ibrahim bertitah, keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat adalah perkara yang sentiasa baginda tekankan kerana ia adalah tunjang kesejahteraan negara.

“Budaya hormat-menghormati antara satu sama lain selama ini mesti terus menjadi teras untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Perpaduan yang terjalin akan membawa kestabilan, memberi keyakinan kepada pelabur, sekaligus mengukuhkan lagi ekonomi negara,” titah baginda dalam perutusan sempena tahun baharu 2022 di Facebook rasmi Sultan Johor.

Sultan Ibrahim turut meminta agar semua pihak muhasabah dan kembali kepada niat asal untuk berkhidmat membawa kemajuan serta kemakmuran kepada tanah air dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

“Sesungguhnya, muafakat itu berkat, maka bermuafakatlah semua demi kebaikan sejagat,” titah baginda.

Sementara itu, baginda mengajak semua pihak mendoakan agar Allah mempermudah segala urusan negara dalam usaha pulih daripada kesan pandemik serta bencana alam yang melanda di penghujung tahun 2021.

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang terus berjuang dalam membantu negara memerangi Covid-19 serta bencana alam yang menimpa.

Suka juga saya mengingatkan rakyat jelata agar menjaga diri dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan masing-masing,” titah Sultan Ibrahim. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya