KUALA TERENGGANU: Dua lagi penyu agar ditemukan mati terdampar semalam sekali gus menjadikan kematian reptilia marin itu meningkat kepada lima kes pada bulan ini. Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, kedua-kedua penemuan itu dilaporkan berlaku di Pantai Batu Buruk di sini dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus. Katanya, punca kematian penyu berusia hampir 20 tahun dengan berat antara 40 hingga 50 kilogram itu dipercayai akibat lemas terperangkap pada pukat tunda. “Kita tidak menolak kemungkinan wujud unsur khianat berdasarkan keadaan bangkai haiwan itu termasuk yang ditemui sebelum ini,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya