Bitcoin: Polis Taiping serbu 10 premis curi elektrik - Utusan Malaysia

Bitcoin: Polis Taiping serbu 10 premis curi elektrik

MESIN bitcoin yang dirampas dalam serbuan di 10 buah premis yang mencuri bekalan elektrik di sekitar Taiping semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis berjaya membongkar kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang bitcoin selepas menyerbu 10 buah premis di sekitar daerah ini semalam.

Serbuan bermula pukul 3.30 petang hingga 8.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Taiping dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perak serta  Juruteknik Khas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam serbuan lebih lima jam itu, pihaknya merampas 480 unit mesin bitcoin selain monitor, unit pemprosesan komputer (CPU), papan kekunci, tetikus dan modem. 

Katanya, kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM720,000.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya