KAMPAR: Seramai 500 penduduk Kampung Tersusun Jeram Mengkuang dekat sini meminta tanah bekas lombong yang terbiar seluas kira-kira 3,000 hektar di kampung mereka diagih-agihkan kepada bekas pekerja lombong untuk dimajukan dengan tanaman pertanian. Penduduk kesal kerana tanah tersebut tidak diberikan kepada penduduk di situ sebaliknya kini, diusahakan oleh pihak lain dengan tanaman seperti kelapa sawit, buah-buahan, sayur dan ternakan itik. Bekas pekerja syarikat bijih, Bidor Malay Tin (BMT), Hassan Dauh, 70, berharap Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Yayasan Perak memberi peluang kepada mereka untuk memajukan tanah bekas lombong itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya