Banjir: KPT-UiTM bantu mangsa di Pahang - Utusan Malaysia

Banjir: KPT-UiTM bantu mangsa di Pahang

NORAINI Ahmad (berbaju biru) mengangkat sampah banjir di Temerloh, Pahang semalam dalam misi KPT bersama UiTM membantu mangsa banjir di sana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneruskan misi murni membantu mangsa banjir di Temerloh, Pahang semalam.

Inisiatif KPT-UiTM Prihatin itu disertai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan seramai 120 sukarelawan dari UiTM Pahang serta Shah Alam.

Turut menyertai misi bantuan banjir ke-23 itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi dan Rektor UiTM Pahang, Prof. Dr. Mohd Ilham Adenan.

UiTM menerusi kenyataan berkata,  Temerloh merupakan daerah angkat KPT dan misi itu antaranya melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan.

“Sukarelawan membantu membersih dan mengemas kawasan sekolah itu sebagai persiapan sesi pembelajaran yang akan bermula nanti.

“Selain itu, rumah mangsa banjir di Kampung Tanjung Kerayong iaitu berdekatan sekolah berkenaan turut dibersihkan,” katanya hari ini.

Pada misi itu, sumbangan antaranya wang tunai, makanan dan barang keperluan turut disalurkan kepada keluarga yang terjejas.

Penyerahan bantuan termasuk kelengkapan solat dan alat pembersihan itu disempurnakan oleh Noraini.

Selain Briged Sukarelawan dan Jabatan Komunikasi UiTM Shah Alam, misi berkenaan disertai sukarelawan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya