Banjir kilat di tiga buah daerah di NS, lapan PPS baharu dibuka - Utusan Malaysia

Banjir kilat di tiga buah daerah di NS, lapan PPS baharu dibuka

APM Negeri Sembilan menggerakkan anggota bagi menyelamatkan mangsa dan memantau keadaan banjir yang berlaku di Gemas, Tampin, Negeri Sembilan. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga daerah di negeri ini iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin mengalami kejadian banjir kilat susulan hujan berterusan sejak tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, setakat pagi ini, lapan pusat pemindahan sementara (PPS)  dibuka  iaitu dua di daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong 1 dan Balai Raya Kampung Baru Rompin dan empat buat PPS di daerah Tampun iaitu SK Kampung Keru, Surau Kampung Gedong, Sekolah Agama Rakyat Felda 4 dan Dewan Semarak Air Kuning. 

“Di daerah Kuala Pilah pula sebanyak dua PPS dibuka iaitu di Dewan Desa Dangi dan Balai Raya Taman Fatimah. Bagaimanapun, anggaran mangsa ketika ini masih dalam perincian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa paras air di beberapa sungai di tiga daerah tersebut mencatatkan trend menaik.

“Antaranya Sungai Linggi, Sungai Muar, Sungai Serting, Sungai Muar, dam Sungai Gemencheh menunjukkan trend menaik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya