Amalan perubatan perlu kekal landaskan budaya masyarakat - Utusan Malaysia

Amalan perubatan perlu kekal landaskan budaya masyarakat

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, amalan perubatan hari ini perlu terus kekal berlandaskan budaya masyarakat walaupun dunia perubatan semakin berkembang pesat.

Dalam titah diraja sempena Persidangan Pendidikan Perubatan Asia Pasifik (APMEC) 2022 yang diadakan secara maya semalam, Sultan Nazrin bertitah, untuk itu pengamal perubatan profesional dan penjagaan kesihatan perlu sentiasa peka bahawa setiap pesakit yang mereka rawat adalah sebahagian daripada komuniti.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah, ini kerana negara ini yang kaya dengan sejarah, masih tetap berpegang kuat kepada budaya, terutama dalam masyarakat berbilang kaum dan agama yang mengamalkan tradisi dan kepercayaan mereka bersama jiran tetangga.

“Semangat ini telah diterjemahkan kepada komuniti pendidikan perubatan Malaysia, iaitu penghormatan dan kepercayaan kepada individu melebihi segala-galanya perlu diutamakan.

“Penyedia pendidikan perubatan dapat membantu memastikan semua pesakit dirawat dengan penuh hormat dan bermaruah serta menawarkan penjagaan kesihatan yang paling sesuai dan berkesan,” titah baginda pada persidangan itu.

Sultan Nazrin bertitah, pandemik Covid-19 telah menyerlahkan sejauh mana budaya dan tingkah laku boleh mempengaruhi hasil perubatan dan pengamal perubatan mesti belajar daripada pengalaman berbeza itu.

Titah baginda, walaupun virus Covid-19 menyebabkan kematian dan kemusnahan di seluruh dunia, kesannya juga sangat berbeza,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, memandangkan sebahagian besar tugas pendidik perubatan terletak pada perkembangan pengamal perubatan dan profesional kesihatan generasi akan datang, adalah perlu untuk golongan itu mempertimbangkan nilai-nilai murni yang telah melampaui zaman ketika mereka melihat ke masa depan.

“Pendidikan perubatan telah berkembang dengan pesat daripada program berpusatkan tenaga pengajar dan berfokuskan kandungan pada masa lalu, ke arah pendekatan yang mengutamakan perkembangan pengamal perubatan yang empati serta mahir,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya