Abu Zahar perlu beri penjelasan atau letak jawatan - Utusan Malaysia

Abu Zahar perlu beri penjelasan atau letak jawatan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk memberikan penjelasan atau meletak jawatan susulan penjelasan enam ahlinya yang tidak sependapat dengan pengerusi lembaga itu. 

Beliau berkata, kenyataan yang menjauhkan diri mereka dari kenyataan Abu Zahar yang ‘membersihkan’ nama Tan Sri Azam Baki sangat mengejutkan. 

Katanya, ini kerana ia menimbulkan persoalan sama ada Abu Zahar telah membuat keputusan ‘membersihkan’ nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu secara bersendirian atau sebaliknya. 

“Abu Zahar kini tiada pilihan kecuali untuk memberi penjelasan penuh secara terbuka berkenaan perkara ini atau meletakkan jawatan serta merta.

“Amat jelas beliau tiada lagi hak moral untuk menjadi Pengerusi LPPR. Malah, kenyataan media enam ahli LPPR ini adalah satu tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar dan adalah satu bentuk ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau. 

“Jelas, seperti yang dijangka pelbagai pihak, penjelasan Abu Zahar dan Azam tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan, enam ahli LPPR itu hari ini menyangkal penjelasan Abu Zahar Ujang berhubung dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM itu di beberapa syarikat. 

Malah, mereka menegaskan kenyataan Abu Zahar itu adalah pendapat peribadinya sebagai pengerusi lembaga itu. 

Penjelasan yang mewakili Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr. Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff itu timbul selepas LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau konflik kepentingan berhubung dakwaan pemilikan saham itu selepas perkara itu diputuskan pada mesyuarat panel LPPR pada 24 November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya