7,527 anggota bomba,  438 aset siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - Utusan Malaysia

7,527 anggota bomba,  438 aset siap sedia hadapi gelombang kedua banjir

REEZAL Merican Naina Merican diberi taklimat ketika hadir ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya. - GAMBAR FB REEZAL MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Seramai 7,527 anggota bomba dan penyelamat serta 438 aset telah diatur gerak di enam negeri bagi menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua banjir.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pasukan penyelamat itu dalam keadaan berjaga-jaga khususnya di Pantai Barat yang dijangka mengalami fenomena air pasang besar sehingga 5 Januari ini. 

“Saya mendapatkan taklimat dan kemas kini kesiapsiagaan pasukan bomba dan penyelamat dalam gelombang kedua banjir di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

“Saya turut menerima laporan mutakhir “real-time” daripada pengarah-pengarah bomba negeri mengenai keadaan di seluruh negara khususnya di enam negeri yang sedang mengalami banjir.

“Group WhatsApp saya bersama mereka tidak pernah sunyi dengan updates situasi di lapangan pada setiap masa bagi memudahkan arahan diberi serta merta dan tindakan dapat dilakukan segera,” ujarnya menerusi Facebook miliknya, hari ini.

Reezal Merican berkata, kesiapsiagaan pasukan ini berada dalam keadaan optimum dengan 4,878 operasi telah pun dilakukan sepanjang musim Monsun Timur Laut, sehingga pukul 8.00 pagi tadi.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya