Waspada banjir enam negeri 25 hingga 31 Disember  - Utusan Malaysia

Waspada banjir enam negeri 25 hingga 31 Disember 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan terbaharu bagi tarikh 25 hingga 31 Disember ini yang akan berlaku di kawasan timur Sabah, barat Sarawak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Menurut ciapan Twitter MetMalaysia, mereka menjangkakan berlaku luruan monsun pada 27 hingga 31 Disember dan pada masa yang sama terdapat sistem cuaca tekanan redang di Laut China Selatan. 

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah dan barat Sarawak pada 27 hingga 30 Disember manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan berpotensi berlaku hujan lebat pada 30 dan 31 Disember,” katanya. 

Jelasnya, ramalan tersebut berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecast (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS). 

“Angin bertiup kencang dari arah timur laut dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuk perairan pantai timur Semenanjung pada 26 hingga 31 Disember.

“Sementara itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat untuk enam negeri. Di Bentong, Pahang dan kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat bagi negeri Selangor.

“Di Negeri Sembilan, kawasan Jelebu dan Seremban. Negeri Johor pula, kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru. 

“Kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit bagi negeri Sarawak. Sabah pula, kawasan Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya. 

MetMalaysia menasihati orang ramai yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini serta Jabatan akan terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan mengeluarkan amaran hujan berterusan dan amaran ribut petir bila perlu. 

Amaran-amaran dan maklumat terkini, boleh layari laman web rasmi Jabatan (www.met.gov.my), aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia (Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube, MET TV) serta menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan cuaca. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya