Unit Khazanah Cenergi SEA lengkapkan penerbitan sukuk hijau - Utusan Malaysia

Unit Khazanah Cenergi SEA lengkapkan penerbitan sukuk hijau

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi, Hairol Azizi Tajudin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cenergi SEA Bhd. berjaya melaksanakan penerbitan sulung Nota Jangka Sederhana Islam Kanan bernilai RM210 juta, yang membolehkannya mengurus dan mengoptimumkan aliran tunai dengan berkesan, mengembangkan perniagaan dan menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan sektor tenaga boleh baharu (RE).

Sukuk tersebut adalah berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar dengan mematuhi rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) Suruhanjaya Sekuriti (SC), Standard Bon Hijau ASEAN yang dikeluarkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN dan Prinsip Bon Hijau dikeluarkan oleh Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (Sukuk Wakalah Kanan Hijau SRI ASEAN).

Menurut kenyataan, terbitan Sukuk Wakalah Kanan Hijau SRI ASEAN terdiri daripada sukuk RM85 juta lima tahun yang perlu dibayar pada 2026 dengan kadar keuntungan 5.30 peratus setiap tahun dan sukuk tujuh tahun RM125 juta yang perlu dibayar pada 2028 dengan kadar keuntungan 5.55 peratus setiap tahun.

Sukuk Wakalah Kanan Hijau SRI ASEAN diterbitkan menurut Program Terbitan Nota Islam Cenergi sehingga jumlah agregat RM1.5 bilion dalam nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar (Program Sukuk).

“Program Sukuk membolehkan Cenergi menerbitkan senior Sukuk Wakalah dan Sukuk Wakalah berterusan, termasuk Sukuk Wakalah hijau selaras dengan Rangka Kerja Sukuk SRI SC dan/atau Standard Bon Hijau ASEAN, dan/atau Prinsip Bon Hijau dan/atau garis panduan lain atau rangka kerja atau standard berhubung dengan bon hijau yang diterbitkan dari semasa ke semasa.

“Program Sukuk telah diberikan penarafan akhir A1/Stabil untuk senior Sukuk Wakalah dan A3/Stabil untuk Sukuk Wakalah berterusan oleh RAM Rating Services Berhad. RAM Sustainability Sdn. Bhd. telah memberi pendapat kedua tentang Rangka Kerja Sukuk Hijau Cenergi,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenergi, Hairol Azizi Tajudin berkata, penerbitan Sukuk Wakalah Kanan Hijau SRI ASEAN itu membekalkan peluang yang lebih luas untuk syarikat itu menambah baik operasinya selain menggalakkan perkembangan sektor RE.

Anak syarikat tenaga mampan Khazanah Nasional Berhad itu sedang giat mengembangkan perniagaan RE dan merancang untuk menggunakan hasil daripada terbitan sukuk itu untuk membiayai semula pinjaman sedia ada serta membiayai projek RE yang akan datang. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya