Tolak bahas isu banjir di Parlimen dikecam - Utusan Malaysia

Tolak bahas isu banjir di Parlimen dikecam

MOHD. AZMI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah penolakan bagi membahaskan isu banjir di Dewan Rakyat disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab terhadap nasib rakyat.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan tersebut juga sekaligus menunjukkan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak peka kepada kepentingan rakyat yang berdepan musibah banjir.

Malah katanya, keadaan banjir berskala besar yang melanda seluruh negara ketika penularan pandemik covid-19  sudah semestinya memerlukan tindakan pantas kerajaan. 

“Namun, soalnya kenapa Dewan Rakyat dibisukan daripada berbincang hal yang sangat kritikal ini?

“Terlalu banyak soalan perlu diketengahkan pada saat genting itu di Dewan Rakyat antara mengapa aset kerajaan dari pelbagai agensi lambat dihantar? Mengapa kerajaan gagal bertindak pantas selain hanya umum bantuan RM1,000 setiap keluarga mangsa dinyatakan oleh Perdana Menteri sedangkan rakyat nantikan ialah bantuan segera ? ” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada hari terakhir sidang Parlimen kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilaporkan menolak permintaan Ahli Parlimen blok pembangkang dan kerajaan membahaskan isu berhubung situasi banjir yang melanda negara ketika ini.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya