‘Terpaksa tidur dalam kereta, jalan dinaiki air’ - Utusan Malaysia

‘Terpaksa tidur dalam kereta, jalan dinaiki air’

KEJADIAN banjir di Jalan Perajurit 1, Kampung Telok Gong, Klang. -Gambar/Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai terpaksa tidur dalam kereta setelah mereka terkandas apabila jalan-jalan utama di sekitar Shah Alam dan Klang dinaiki air akibat hujan lebat yang berlarutan sehingga ke tengah malam, semalam.

Situasi itu berlaku membabitkan warga kedua-dua bandar itu ketika mereka dalam perjalanan balik dari tempat kerja ke kediaman masing-masing.

Pengalaman buruk tersebut diceritakan mangsa yang berhadapan kejadian itu dalam media sosial masing-masing.

Sejak semalam, hujan lebat tidak henti yang melanda Lembah Klang menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir sehingga menyebabkan para penduduk dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Misalnya, seramai 113 individu ditempatkan di tiga PPS di Klang setakat pukul 10 malam semalam susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah itu.

Hujan lebat sejak pukul 6 petang pada Jumaat, menyebabkan beberapa kawasan termasuk laluan utama di Pelabuhan Klang dilanda banjir kilat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya