Kedudukan rumah berhampiran kaki Gunung Jerai, Kedah, membuka peluang bagi Hayati Hussin, 48, untuk mengusahakan ternakan kelulut secara semula jadi.
Akui Pengusaha Madu Kelulut Jerainey itu, penternakan lebah kelulut itu pada awalnya diusahakan untuk jualan kecil-kecilan dan tidak pernah menjangka ia akan mendapat sambutan meluas.
“Ternakan kelulut yang diusahakan sekitar lima tahun lalu di sekitar kawasan rumah membuah hasil lumayan apabila kini sudah mencecah 40 sarang.
“Menternak kelulut memerlukan persekitaran yang baik bagi membantu penghasilan madu lebih banyak dan berkualiti,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Hayati yang juga Sahabat AIM berkata, sekiranya dijaga dengan baik, dalam tempoh sebulan sebanyak 80 hingga 100 botol Jerainey Madu Kelulut berjaya dihasilkan.
“Setiap madu kelulut ini dijual pada harga RM30 hingga RM130 bergantung pada saiznya.
“Untuk tempahan, boleh kunjungi Facebook, Jerainey Madu Kelulut atau hubungi 013-4801623,” katanya. – UTUSAN