Terima kasih bantu kami - Utusan Malaysia

Terima kasih bantu kami

ANGGOTA tentera menggunakan bot bagi menghantar bantuan kepada penduduk Kampung Bemban di Negeri Sembilan berikutan jambatan besi yang menghubungkan kampung tersebut musnah akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. -UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: ‘Pakcik suka dengan adanya anggota tentera masak untuk kami di sini, mereka lebih berjiwa rakyat.’

Demikian tegas seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang di sini, Shammli Shamsuddin, 62, yang begitu gembira sejak anggota tentera mengambil alih urusan memasak di situ bermula Selasa lalu.

Menurutnya yang tinggal di Inderapura di sini, urusan tentang aspek pemakanan di PPS itu lebih teratur dan sempurna selepas tentera mengambil alih.

“Pakcik memang betul-betul menghargai peranan anggota tentera di sini. Mereka berkhidmat dengan cukup bagus dan segala-galanya sempurna.

“Sebelum ini masa-masa mula masuk ke PPS ini, segalanya tunggang langgang, pakcik masih ingat terpaksa ambil lauk beralaskan daun pisang.

“Tetapi lepas pihak tentera ambil alih segalanya teratur, segala kelengkapan disediakan oleh mereka. Mereka juga tidak sombong dan boleh dilihat ikhlas berkhidmat kepada kami di sini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di PPS SK Bunut Rendang di sini semalam.

Mengulas kecaman kepada kerajaan khususnya anggota keselamatan yang didakwa lambat membantu mangsa banjir, Shammli berkata, rakyat tidak sewajarnya menyalahkan mereka khususnya tentera.

“Hendak harapkan askar 100 peratus? Fikirlah mangsa banjir terlalu ramai, kita perlu bertimbang rasa. Pasukan keselamatan banyak mangsa yang perlu mereka selamatkan,” tegasnya.

Seorang lagi mangsa banjir di PPS berkenaan, Mohamed Kadir, 75, berkata, slogan ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’ adalah slogan keramat yang tepat dalam menghuraikan hubungan tentera dengan masyarakat di negara ini.

“Saya ambil contoh di PPS saja, sebelum ini aspek penyediaan makanan adalah teramat kelam kabut.

“Apabila pihak tentera ambil alih, segalanya sempurna dan teratur. Tiada lagi nasi mentah dan makanan yang dimasak pun sedap dan kami di sini memang cukup berpuas hati,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya