Melihat pasaran tepung segera serbaguna mempunyai nilai tersendiri, Noor Afeza Salamat, 38, mengambil peluang untuk mengetengahkan Tepung EZFLOUR sesuai untuk kegunaan bakar, kukus dan goreng.
Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini, beliau mula mengusahakan sendiri tepung serbaguna yang berbeza dari sedia ada di pasaran dengan menumpukan kegunaan untuk pembuatan pelbagai jenis kuih-muih seperti pau, piza dan char kuih.
“Saya mengambil pengalaman diri sendiri yang gemar makan namun tidak pandai membuat kuih dan memasak dan idea untuk menghasilkan Tepung EZFLOUR datang sekitar 2014.
“Tepung segera pelbagai guna ini mudah digunakan dan proses pembuatan doh hanya mengambil masa 30 minit dan hanya perlu tambah air,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.
Katanya, harga bagi 450 gram (g) tepung yang dijual adalah RM8.50 dan boleh didapati di Sabah dan Semenanjung.
Untuk tempahan, hubungi 019-8340412 atau kunjungi Facebook EZFLOUR dan Instagram OFFICIALEZFLOUR. – UTUSAN ONLINE