Tawaran pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 dan menang Gold Bar bernilai RM150,000 - Utusan Malaysia

Tawaran pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 dan menang Gold Bar bernilai RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga yang sah daripada segi undang-undang yang membuat simpanan dalam Simpan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) layak menikmati pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun dan tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Menurut kenyataan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), di bawah inisiatif tersebut terdapat dua kategori yang layak iaitu taksiran berasingan dengan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 seorang setahun.

Selain itu, taksiran bersama yang membabitkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

“Walau bagaimanapun, individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut kaedah untuk mengetahui amaun layak insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan, PTPTN menjelaskan insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran.

Selain itu, PTPTN memaklumkan, Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak atau anak jagaan yang sah.

“Walau bagaimanapun bagi akaun Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum RM7,000, di bawah kategori pelepasan bagi Insurans Nyawa dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” maklum PTPTN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN