Sumbangan barang permainan redakan emosi kanak-kanak terjejas banjir  - Utusan Malaysia

Sumbangan barang permainan redakan emosi kanak-kanak terjejas banjir 

NUR Auni Arina Mohd. Amir memasukan barang permainan ke dalam pek untuk disumbangkan kepada kanak-kanak mangsa banjir di PPS Teluk Intan di Tadika Kaffah Kids di Tronoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Simpati dengan keadaan keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa banjir di Teluk Intan ketika ini, Tadika Kaffah Kids di Tronoh dekat sini memberikan sumbangan barang permainan kepada golongan itu.

Pengerusi Tadika Kaffah Kids, Nur Auni Arina Mohd. Amir, 29, berkata, barang permainan itu disumbangkan oleh ibu bapa murid, alumni tadika itu dan orang awam.

Menurutnya, sumbangan barang permainan itu diharapkan dapat membantu meredakan emosi kanak-kanak yang terjejas akibat banjir.

“Banjir bukan sahaja menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan orang dewasa disebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan keluarga tersayang tetapi juga berpotensi menjejaskan emosi kanak-kanak.

“Namun, kanak-kanak yang terkesan banjir tidak boleh meluahkan perasaan mereka, jadi kita gembirakan mereka dengan memberi hadiah seperti barang permainan yang kita sumbangkan ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Nur Auni, program itu merupakan kerjasama di antara Tadika Kaffah Kids dan MyFundAction Cawangan Utara.

Beliau berkata, selain barang permainan kanak-kanak, baju, alat tulis dan buku-buku turut disumbangkan.

Katanya, kira-kira 170 pek sumbangan akan diagihan kepada kanak-kanak yang terjejas banjir di pusat pemindahan banjir (PPS) di Teluk Intan.

“Seramai 16 murid tadika ini yang tujuh hingga 11 tahun ikut serta bagi menyantuni rakan sebaya mereka di PPS di Teluk Intan. 

“Program ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada alumni tadika ini yang turut serta dalam misi memberi bantuan kepada masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya