Singapura bantu mangsa banjir di Malaysia - Utusan Malaysia

Singapura bantu mangsa banjir di Malaysia

KEADAAN banjir di bandar Kota Tinggi berikutan air pasang besar disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sumbangan sebanyak AS$60,000 (RM253,000) bakal diberikan kerajaan Singapura sebagai bantuan dan misi menyelamat di Malaysia dan Filipina.

Memetik laporan portal The Strait Times, sumbangan akan diberikan menerusi Palang Merah Singapura (SRC)  yang ditugaskan melaksana kerja menyelamat di kedua-dua negara.

“Banyak kematian dan kemusnahan harta benda akibat banjir di Malaysia dan taufan di Filipina,” kata kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Singapura .

Laporan The Straits Times melaporkan, sumbangan kerajaan Singapura itu sebagai tambahan kepada AS$50,000 (RM211,000) disumbangkan SRC untuk Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina.

“Sebagai sahabat dan anggota bersama dalam ASEAN, Singapura bersama-sama dengan Malaysia serta Filipina dalam masa sukar ini,” katanya-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya