(VIDEO) Seluar dalam koyak antara barang sumbangan mangsa banjir - Utusan Malaysia

(VIDEO) Seluar dalam koyak antara barang sumbangan mangsa banjir

SELUAR dalam koyak yang menjadi barang sumbangan mangsa banjir dikecam warganet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :  Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memberi sumbangan seluar dalam lelaki mengejutkan para sukarelawan misi bantuan bencana banjir yang dipercayai berlaku di Negeri Sembilan.

–  Sumber TikTok alfathazzurri

Menerusi satu video platform TikTok milik alfathazzurri yang tular media sosial, seorang sukarelawan menunjukkan sehelai pakaian dalam itu yang sudah koyak rabak.

Walaupun ada pihak yang menganggap sebagai lucu, tetapi sesetengah perkara itu perlu diambil perhatian semua agar tidak sewenang-wenang mengagihkan sumbangan barangan terbuang.

Lelaki itu mengesa semua masyarakat supaya prihatin dengan situasi dan nasib yang menimpa mangsa banjir yang kini ditimpa kesusahan.

“Kita terima banyak bantuan, tetapi saya hendak rasa hiba dan sebak dengan barangan rare ini. Saya tidaklah tahu siapa yang bagi barangan ini,” katanya dalam video itu.

Tindakan itu mengundang pelbagai maklum balas orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu tidak harus berlaku memandangkan mangsa banjir ditimpa kesusahan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya