Sekolah tahfiz di Melaka ditutup, guru dan pelajar positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Sekolah tahfiz di Melaka ditutup, guru dan pelajar positif Covid-19

MUHAMAD AKMAL Saleh bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) Chenderah, Jasin, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) Chenderah di sini ditutup sehingga 10 Disember selepas enam pelajar dan tujuh warga sekolah termasuk guru dikesan positif Covid-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sekolah itu ditutup sementara bagi membolehkan kerja disinfeksi dilakukan. 

Katanya, arahan penutupan itu dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

“Seramai sembilan pelajar, pengetua, guru penolong kanan dan kerani disahkan positif Covid-19. 

“Ini adalah kes pertama di negeri ini melibatkan sekolah berasrama yang ditutup akibat Covid-19 sejak pembukaan semula persekolahan pada 1 November lalu di Melaka,” katanya selepas melakukan lawatan di sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes indeks dikesan pada 29 November lalu membabitkan guru penolong kanan berusia 53 tahun.

“Indeks kes mula bergejala sejak 25 November lalu dan kes merupakan kontak rapat kepada pengetua sekolah tersebut yang merupakan indeks kes bagi penularan jangkitan ini.  

“Susulan itu ujian saringan telah dilakukan terhadap kontak rapat iaitu 13 guru dan 39 pelajar Tingkatan 5,” katanya. 

Jelasnya, kesemua pelajar terbabit telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh untuk dikuarantin. 

Katanya, sekolah tersebut mempunyai seramai 209 orang pelajar lelaki dan 53 orang kakitangan terdiri daripada guru, staf sokongan, warden dan 20 pekerja swasta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya