Satu lagi PPS dibuka di Dungun - Utusan Malaysia

Satu lagi PPS dibuka di Dungun

SEKOLAH Kebangsaan Pasir Raja di Dungun yang ditenggelami air lebih dua meter, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada 69 orang apabila satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dungun pagi ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, pusat itu ialah di Dewan Serbaguna Kampung Shukur, selain Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. 

Katanya, setakat pukul 10 pagi ini, jumlah mangsa di kedua-dua PPS itu ialah seramai 32 orang dengan melibatkan lapan keluarga. 

“Manakala di Kemaman, PPS Dewan Sivik Air Putih pula menempatkan seramai 37 mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sekretariat itu berkata, cuaca semasa masih lagi hujan di beberapa tempat. 

Malah, katanya, lembangan sungai utama, turut menunjukkan trend menaik. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya