Saham Asia sedikit pulih dari impak Omicron - Utusan Malaysia

Saham Asia sedikit pulih dari impak Omicron

Saham Asia sedikit pulih dari impak Omicron - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Saham-saham Asia meningkat semalam apabila pasaran China meraikan usaha Beijing untuk membantu firma-firma hartanah yang bermasalah, walaupun peningkatan kes jangkitan melibatkan varian Omicron terus membimbangkan  pelabur.

Indeks saham Amerika Syarikat (AS) menyusut lebih satu peratus ketika kes positif Covid-19 meningkat dan perbelanjaan sosial serta rang undang-undang iklim Presidennya, Joe Biden berhadapan halangan yang signifikan.

Suasana negatif itu walau bagaimanapun lebih positif dalam dagangan awal Asia.

Niaga hadapan AS meningkat dan beberapa aset yang berprestasi buruk dalam jualan pada Isnin menemui pembeli, walaupun jumlah saham berkurang menuju musim cuti akhir tahun.

Indeks penanda aras Asia Pasifik MSCI di luar Jepun menokok 0.4 peratus. 

Indeks Nikkei Jepun melonjak 1.79 peratus semasa pelabur membeli dalam penjualan besar-besaran pada Isnin sementara saham Australia meningkat 0.47 peratus.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan dalam kalangan pelabur berkaitan Omicron.

Ahli ekonomi CBA dalam nota kajiannya berkata, Covid-19 kekal menjadi ancaman kepada ekonomi global.

“Bukti awal menunjukkan varian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi kesannya kurang parah berbanding varian sebelumnya,” katanya.

Di China, indeks cip biru CSI300 meningkat 0.37 peratus sementara Indeks Komposit Shanghai menokok 0.46 peratus dengan pemaju hartanah mencatat keuntungan terbesar. 

Keuntungan itu tiba selepas kerajaan China dilaporkan menggesa syarikat hartanah awam dan swasta mendapatkan projek hartanah dari pemaju bermasalah bagi mengelakkan risiko timbunan hutang menyebabkan ekonomi tidak stabil.

Indeks Hang Seng Hong Kong dibuka 0.56 peratus lebih tinggi.

Isnin lalu, Purata Industri Dow Jones jatuh 1.23 peratus, S&P 500 menyusut 1.14 peratus dan indeks Komposit Nasdaq merosot 1.24 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya