Raih rezeki dengan minyak kelapa dara - Utusan Malaysia

Raih rezeki dengan minyak kelapa dara

1) Hamidah Non mempelbagaikan produk berasaskan kelapa dengan menjual minyak kelapa dara, Puspa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam jualan kelapa memberi idea kepada Hamidah Non, 47, untuk mengetengahkan rangkaian minyak kelapa dara.

Menurut Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, menerusi jenama Puspa, dia mengetengahkan produk kelapa dara itu kepada pasaran sekitar Samarahan, Sarawak.

“Minyak kelapa dara Puspa mula diperkenalkan di pasaran sejak hampir tujuh tahun lalu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Minyak kelapa dara milik Sahabat ini sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan di samping harganya yang mampu milik.

“Dianggarkan lebih 100 botol minyak kelapa dara dapat dijual dan ia didatangkan dalam dua saiz berbeza iaitu 50 milliliter (ml) dan 100 ml,” katanya.

Selain minyak kelapa dara, Hamidah turut menjadi pemborong buah kelapa dan dianggarkan hampir 30,000 buah kelapa dijual setiap bulan.

Untuk tempahan, hubungi 017-426 8200. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya