Program Khas Rumah Johor bina 115,000 rumah mampu milik - Utusan Malaysia

Program Khas Rumah Johor bina 115,000 rumah mampu milik

PROGRAM Khas Rumah Johor yang dibangunkan pada harga antara RM80,000 ke RM300,000 di seluruh Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pemaju perumahan swasta bagi membangunkan 115,000 rumah mampu milik di seluruh negeri melalui pelaksanaan Program Khas Rumah Johor. 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, harga rumah yang dibina melalui program itu ditetapkan antara RM80,000 hingga RM300,000.

Menurut beliau, usaha itu akan digerakkan menerusi sebuah entiti perumahan Johor yang mampu mempercepat pengurusan dan pembangunan.

“Melalui program ini, sebanyak 115,000 unit rumah mampu biaya yang tertunggak sejak 24 tahun akan dapat dibina, iaitu 75 peratus daripada 153,000 unit yang tidak dibina sejak 1997 hingga 2020.

“Hal ini bakal memberi peluang kepada rakyat Johor untuk memiliki rumah mampu biaya yang berkualiti dan bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Program Khas Rumah Johor mengutamakan pembinaan rumah bertanah di mana bagi kawasan bawah 10 ekar akan dibina rumah bertingkat dan tidak melebihi tiga tingkat sahaja manakala di Central Business District (CBD) akan dibina rumah berstrata tinggi. 

Sementara bagi kawasan luar Wilayah Iskandar, semua rumah dalam program itu akan dibina rumah bertanah. 

Tambah Ayub, program berkenaan baru diperkenal dan kini kerajaan negeri dalam proses memberi penjelasan kepada pemaju dan jabatan serta agensi kerajaan berhubung pelaksanaannya.

“Program Khas Rumah Johor ini menekankan pembinaan rumah yang memenuhi citarasa pembeli bukan sekadar memenuhi dasar di atas kertas, namun, rakyat hidup di rumah yang sempit dan sesak.

“Jualan dan agihan akan dibuat secara telus kepada pembeli di mana pengundian akan dipantau Bahagian Perumahan dan Unit Integriti Negeri Johor.

“Kerajaan negeri telah memutuskan semua pemohon akan disemak kelayakan oleh Pejabat SUKJ Bahagian Perumahan Johor dengan proses agihan rumah dibuat secara undian,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya