KUCHING: Sentimen politik di Sarawak dilihat mirip Semenanjung apabila ada parti politik kelihatan `mahu cepat menjadi kerajaan’ sehingga mengakibatkan hala tuju satu-satu pakatan atau gabungan untuk mengalahkan seteru politik terkubur. Menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) 18 Disember ini, DAP yang merupakan tonggak Pakatan Harapan (PH) kelihatan kebingungan dengan gelagat satu lagi pakatan politik, Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang enggan bertindak sebagai `pembangkang yang kuat’. Padahal PSB yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh dengan lantang menegaskan mahu mengalahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Tan Sri Abang Johari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya