KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) diramal terus mendahului carta pengundian, sekali gus mengekalkan kerajaan negeri menjelang pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu ini. Parti-parti pembangkang pula dilihat masih belum berupaya mencipta gelombang untuk menggugat populariti gabungan itu ketika tempoh berkempen berbaki tiga hari sahaja lagi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis Dr. Jeniri Amir berkata, ramalan masih sama menyaksikan GPS pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus dijangka menjadi pilihan majoriti rakyat negeri ini. “Kelebihan memihak GPS kerana jentera parti yang kuat dan pelbagai insiatif ditawarkan kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya