PRN Sarawak: Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri

ABANG Johari Abang Openg selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak sebentar tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu malam ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak di sini sejurus gabungan parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga.

Setakat pukul 11 malam ini, GPS berjaya memenangi sebanyak 74 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12.

Terdahulu, Abang Johari bersama pemimpim GPS lain berada di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) bagi meraikan kemenangan GPS yang berjaya menerima mandat membentuk kerajaan negeri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya