PM terima dokumen agenda perubahan landskap ekonomi baharu pasca Covid-19 - Utusan Malaysia

PM terima dokumen agenda perubahan landskap ekonomi baharu pasca Covid-19

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) menyaksikan Noor Azlan Ghazali menyerahkan dokumen Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape kepada Ismail Sabri Yaakob selepas mesyuarat EAC di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekumpulan pakar ekonomi diketuai Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali menggariskan lapan  agenda perubahan dalam dokumen Resetting Malaysia: Aligning to The New Economic Landscape, untuk  dipertimbangkan kerajaan.

Dokumen berkenaan sebagai teras strategik untuk memacu transformasi  ekonomi negara bertepatan dengan landskap ekonomi baharu pasca-krisis Covid-19 mengandungi 143 muka surat yang turut menyenaraikan 30 fokus utama dan 153 inisiatif perubahan yang disyorkan Sekretariat EAC. 

Dokumen berkenaan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  selepas mesyuarat EAC, hari ini yang merangkumi aspek pendigitalan ekonomi, aplikasi teknologi termaju, penyusunan strategi globalisasi, pengukuhan tanggungjawab bersama serta tadbir urus dan kelestarian.

Noor Azlan berkata, ia turut meliputi  penyediaan bakat, pemerkasaan perkhidmatan awam dan pasaran yang adil dan  kompetitif, menangani kerentanan dan transformasi korporat. 

“Dokumen tersebut adalah laporan hasil kajian dari sesi libat urus dan bengkel intensif  bersama kementerian dan agensi kerajaan, sektor swasta, ahli akademik serta  pemegang taruh daripada pelbagai industri dan institusi yang diadakan sejak tahun lepas,” katanya.

Noor Azlan berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan cadangan yang konklusif dan menyeluruh dibuat berasaskan pengalaman, pemerhatian dan pandangan semua pihak,  khususnya susulan dari krisis ekonomi akibat dari pandemik Covid-19. 

Jelasnya, cadangan perubahan tertumpu kepada aspek struktur yang diperlukan untuk Malaysia terus  cemerlang selaras dengan lanskap ekonomi baharu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya