PM arah ahli Kabinet batal percutian, segera pulang - Utusan Malaysia

PM arah ahli Kabinet batal percutian, segera pulang

MANGSA banjir menunjukkan gambar rumahnya yang musnah selepas dilanda banjir kepada Perdana Menteri ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di bandar Mentakab, hari ini.-UTUSAN /SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Kabinet diarah membatalkan percutian dan segera pulang ke Malaysia jika berada di luar negara.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya kesemua ahli Kabinet sentiasa bersama rakyat yang sedang menghadapi bencana banjir pada waktu ini.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya.

Bencana banjir yang berlaku memusnahkan bandar-bandar utama termasuk Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat serta beberapa negeri lain telah mengakibatkan jumlah kematian mencecah 40 orang.

Terdahulu, pemimpin politik persekutuan dan negeri dikecam masyarakat kerana didakwa gagal menggerakkan usaha pemindahan dengan lebih awal.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya