Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka semula - Utusan Malaysia

Plaza tol, persimpangan bertingkat Shah Alam dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Plaza tol dan persimpangan bertingkat Shah Alam di sini, kembali dibuka secara berperingkat kepada semua pengguna lebuh raya itu.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya sedang menjalankan kerja pembersihan dan pengalihan kenderaan yang terkandas.

Katanya, pemeriksaan menyeluruh dan kerja pembaikan aset lebuh raya serta peralatan tol yang rosak akibat banjir turut dijalankan.

“Laluan yang terjejas sudah dibuka secara berperingkat. 

“Namun, PLUS menasihatkan pengguna berwaspada dan mematuhi papan tanda amaran kerana beberapa bahagian jalan masih ditakungi air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Jelas Zakaria, PLUS berterima kasih atas kerjasama semua pihak termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kesabaran dan keselesaan semua pengguna kekal menjadi keutamaan kita.

“Pelanggan dinasihatkan menyemak status terkini banjir dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat trafik terkini boleh melayari www.plus.com.my dan platform media sosial seperti Facebook (FB) dan Twitter PLUS. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya