Pindaan undi18 dan pendaftaran automatik berkuat kuasa 15 Disember  - Utusan Malaysia

Pindaan undi18 dan pendaftaran automatik berkuat kuasa 15 Disember 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam dan berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pindaan itu setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan  Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melibatkan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Beliau berkata, pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu  Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran  Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan  Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 diwartakan pada 30 November lalu.

Katanya, ia dinamakan sebagai P.U.(A)  433/2021 dan P.U.(A) 434/2021 yang akan turut berkuat kuasa  pada 15 Disember ini setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958. 

“Justeru, SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan-peraturan tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas (2021) dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya