Pesara rugi RM108,500 angkara Macau Scam - Utusan Malaysia

Pesara rugi RM108,500 angkara Macau Scam

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pesara syarikat minyak dan gas, berputih mata selepas kerugian lebih RM100,000 apabila terpedaya dengan sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani, mangsa melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun yang menetap di daerah ini.

Dia pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Lee dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada petang 10 Disember lalu ketika berada di rumah.

“Sarjan Lee dari IPD Ipoh memaklumkan bahawa wang dalam akaun simpanan mangsa adalah haram dan tidak berdaftar. Mangsa menidakkan tuduhan berkenaan dan menyatakan wang tersebut tidak haram dan merupakan milik mendiang ayahnya. 

“Ahli sindiket Macau Scam berkenaan bagaimanapun mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan jumlah keseluruhan wang simpanan mangsa bagi proses siasatan sementara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata, pada 13 Disember, mangsa telah pergi ke Ambank Cawangan Port Dickson dan membuat pemindahan wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak Rm 50,000 atas nama Hadir Bin Andi dengan nombor akaun Agro Bank 2006811000206250. 

Selepas mangsa membuat pemindahan wang, ahli sindiket tersebut juga ada menghantar salinan surat dari Jabatan Audit Negara melalui aplikasi WhatsApp di mana kandungan surat tersebut memaklumkan ia adalah aset yang perlu disiasat untuk memastikan wang pengadu adalah haram ataupun tidak. 

“Seterusnya, ahli sindiket tersebut mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang sama pada keesokan harinya dan mangsa membuat sebanyak dua kali transaksi dengan jumlah RM50,000 dan RM 3,500. Kali terakhir transaksi dibuat mangsa adalah pada 15 Disember sebanyak RM5,000.

Menurut Aibee, setiap kali transaksi dibuat, mangsa menghubungi nombor telefon yang sama dan ahli sindiket menyatakan wang mangsa akan dikembalikan setelah siasatan terhadap wang simpanan mangsa selesai. 

Bagaimanapun, mangsa yang berasa tertipu kerana masih tidak mendapat sebarang perkembangan berkaitan wangnya telah membuat laporan di Balai Polis Seremban semalam.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya