Perniagaan ikan bilis kering dapat permintaan tinggi - Utusan Malaysia

Perniagaan ikan bilis kering dapat permintaan tinggi

1) Naian Jalani menjual lebih 30 kilogram ikan bilis pelbagai saiz dalam sehari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mulanya hanya dengan jualan ikan segar. Kini, Naian Jalani, 40, berkecimpung dalam perusahaan ikan bilis kering kerana hasil laut itu mendapat permintaan tinggi.

Kata Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu, dia menjual lebih 20 jenis ikan bilis kering yang sebelum ini dijual di pasar tamu-tamu.

“Saya mulakan perniagaan ini sekitar 10 tahun lalu dan mula mempelajar teknik perusahaan ikan kering dan ikan masin.

“Jualan ikan bilis kering adalah mengikut gred iaitu saiz dan harganya pula berbeza bermula RM12 hingga RM13 satu kilogram (kg).

“Dengan keuntungan yang saya simpan, saya dapat bina badang untuk membolehkan tangkapan ikan bilis di tengah laut,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, jika rezeki memihak kepadanya, dianggarkan 30 kilogram (kg) ikan bilis dapat dihasilkan olehnya.

Bagi yang ingin mendapatkan ikan bilis kering Sahabat AIM ini, boleh hubungi 010-215 8595. – UTUSAN

CAPTIONS:
1) Naian Jalani menjual lebih 30 kilogram ikan bilis pelbagai saiz dalam sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya