Permudah, segerakan bantuan wang ihsan banjir - PM - Utusan Malaysia

Permudah, segerakan bantuan wang ihsan banjir – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir dipermudahkan dan disegerakan. 

Beliau berkata, bagaimanapun, dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan itu sudah mula diterima mangsa banjir semalam.

Menurut beliau, kerajaan sudah menyalurkan sejumlah RM34 juta untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir setakat semalam.

“Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, membuat keputusan semalam, serahan tunai dilaksanakan bagi memastikan mangsa banjir segera menerima BWI.

“Tiga kaedah digunakan bagi penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau rumah ke rumah selain pemindahan tunai secara atas talian (EFT),” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ismail Sabri berkata, bantuan ini juga sudah mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, kata beliau, usaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar sedang giat dijalankan PKOB dan ICU.

“Tiga kaedah yang digunakan akan mempermudah urusan penyaluran BWI dengan lebih efektif dan pantas,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya